Thursday, August 5, 2010

Kerana Perpisahan Ini | Puisi Bertema Perpisahan | ArieyWee




Kerana Perpisahan Ini
By : ArieyWee

Kerana perpisahan ini,
kami terasa disakiti,
rindu, sayang dan kasih yang tercurah,
pergi dan wujudnya untuk menyenangkan hati,
kenapa harus kami menderita begini,
perpisahan seperti kala ini,
belum pernah menyakiti hati,
kerana belum ada yang mengerti,
erti perpisahan.

Kerana perpisahan ini,
kami mula rindu-merindui,
menatapi potret untuk merasakan ketenangan,
terasa kehangatan air mata,
perlahan-lahan bertitisan di pipi,
dan ketika itu,
kami mula mengerti saat perpisahan,
sakit, terlalu sakit,
perihnya menusuk jauh ke sanubari,
terasa ngilu hirisan di celahan hati.

Kerana perpisahan ini,
kami mengukirkan janji,
takkan pernah mengabdikan kekayaan,
kami saling sayang-menyayangi,
ketika perlu,
kami hadir membuka ruang untuk mereka,
kenal erti perpisahan,
kenal erti kasih sayang,
sepi tak tertanggung kian menahan rindu,
hanya doa dan air mata,
mengiringi liku kehidupan ini,
dan biarlah perpisahan ini,
terpahat di dalam hati,
agar mereka mengerti,
kamilah yang merasai kesakitan ini.


Tag : Everything Is Gone, Sejujur Bicara, Tiada Seindah Mimpi



Anda sedang membaca kumpulan/contoh/artikel/puisi/sajak/pantun/syair/tentang/tema/bertema/judul/berjudul Kerana Perpisahan Ini | Puisi Bertema Perpisahan | ArieyWee dan anda bisa menemukan kumpulan/contoh/artikel/puisi/sajak/pantun/syair/tentang/tema/bertema/judul/berjudul Kerana Perpisahan Ini | Puisi Bertema Perpisahan | ArieyWee ini dengan url http://www.karyapuisi.com/2010/07/kerana-perpisahan-ini-by-arieywee.html,anda juga bisa meng-click kumpulan/contoh/artikel/puisi/sajak/pantun/syair/tentang/tema/bertema/judul/berjudul Kerana Perpisahan Ini | Puisi Bertema Perpisahan | ArieyWee Tetapi dilarang merubah isi maupun mengganti nama penyair/pengarang nya karena bertentangan dengan HAKI, semoga anda ter-inspirasi dengan karya Kerana Perpisahan Ini | Puisi Bertema Perpisahan | ArieyWee salam Karya Puisi

0 comments:

Post a Comment

Loading

Random Posts

 

kumpulan karya Puisi | Copyright 2010 -1014 Karya Puisi |